LABUAN - Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL) UMS Kampus Antarabangsa Labuan akan menganjurkan program "Financial Planning and You" di Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) pada 19 Mei 2017 (Jumaat), dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Menurut penganjur program tersebut, Cik Ooi Ai Yee, penceramah jemputan adalah seorang perancang kewangan bertauliah iaitu Tan Cheng Keat yang juga merupakan Pengurus Agensi Kumpulan dalam syarikat pengurusan unit amanah terkemuka.

Tan Cheng Keat juga mempunyai latar belakang yang sangat luar biasa di mana beliau telahpun mengetuai 80 pasukan perunding unit amanah dan telah dianugerahkan Million Ringgit Producer sejak tahun 2005.

Beliau yang juga merupakan Ketua Program bagi program HE22 Ekonomi Kewangan Antrabangsa, FKAL, berkata Tan Cheng Keat telah melibatkan diri dalam industri ini selama kira-kira 16 tahun.

Program ini bertujuan untuk mendidik individu-individu mengenai amalan terbaik dalam menguruskan wang dan membantu mereka dalam membuat keputusan yang bijak untuk mencapai matlamat kewangan mereka.

Topik-topik yang akan disampaikan termasuk asas perancangan kewangan, nilai masa wang, sistem pengurusan wang, bagaimana untuk mencapai matlamat kewangan dan empat rukun pengurusan kekayaan.

Pihak penganjur juga menyediakan permainan dan hadiah-hadiah untuk dimenangi oleh peserta.

Mereka yang berminat perlu mendaftar sebelum 17 Mei 2017 (Selasa) dengan menyertakan yuran pendaftaran sebanyak RM60 dan penyertaan adalah terhad.

Peserta akan diberikan sijil kehadiran dan hidangan ringan akan disediakan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Encik Ricky Jores di talian 017-3443593 (telefon) atau Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. (e-mel).

Tamat.