Program Latih Amal Tsunami Labuan 2017 anjuran Perbadanan Labuan dengan kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA Malaysia), dan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah diadakan pada Sabtu, 13 Mei 2017 di Sekolah Menengah Kebangsaan Pantai, Labuan.

Di samping penyertaan semua agensi penyelamat, keselamatan, agensi bantuan dan sokongan, sekolah, pihak swasta, dan penduduk setempat, seramai 90 orang Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (KorSISPA UMSKAL) Semester 2, Semester 4, dan Semester 6 Sesi Akademik 2 2016/2017 terlibat dalam program latih amal ini dan turut disertai oleh Pegawai Bersekutu KorSISPA UMSKAL, Leftenan Kolonel Bersekutu (PA) Profesor Madya Dr. Norazah Mohd Suki, Kapt. (PA) Japli Bin Siping (Ketua Jurulatih SISPA UMSKAL), Lt. (PA) Marinus Bin Mathius (Pembantu Jurulatih SISPA UMSKAL), Lt.M (PA) Mohd Bakhtiar Bin Yamba, dan Pbt (PA) Awang Azami Bin Kassim.

Penglibatan KorSISPA UMSKAL dalam program latih amal ini adalah seperti memberi sokongan kepada agensi yang terlibat di Pusat Pemindahan untuk memaklumkan kepada mangsa kejadian bencana supaya tidak cemas, terus bergerak ke tempat diarahkan oleh pihak berkuasa tempatan dengan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada para petugas dan urus setia yang sedang menguruskan perjalanan program latih amal ini.

Leftenan Kolonel Bersekutu (PA) Profesor Madya Dr. Norazah yang turut dilantik sebagai Pemerhati dalam program latih amal ini berkata “di samping memperolehi ilmu persediaan menghadapi krisis bencana, pelajar KorSISPA UMSKAL dapat memupuk nilai-nilai murni seperti semangat berpasukan, kemahiran komunikasi dan kerjasama, keyakinan diri serta adab pergaulan yang sihat dengan penduduk setempat, dan agensi yang terlibat melalui program latih amal ini”.

Tamat.