Labuan - Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa (PPIB) UMS Kampus Antarabangsa Labuan akan menganjurkan program “Kursus Persediaan Pelajar Ke Timur Tengah” di Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) bermula pada 10 hingga 14 Julai, dari jam 8:30 pagi sehingga 4:30 petang.

Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan para peserta kepada persiapan ilmu, kemahiran, mental dan fizikal untuk menghadapi kehidupan dan juga mengenali budaya masyarakat di Negara timur tengah. Di samping itu, para peserta dapat mempraktikkan kemahiran komunikasi Bahasa Arab ketika mengikuti kursus ini.

Syarat-syarat penyertaan kursus ialah, peserta haruslah sekurang-kurangnya LULUS subjek bahasa arab dalam sijil SPM. Sasaran utama kursus ini adalah pelajar lepasan SPM yang ingin melanjutkan pelajaran ke Negara Timur Tengah.

Penceramah jemputan yang akan mengendalikan kursus berikut ialah Dr. Nurulasyikin Binti Muda yang merupakan seorang pemegang PHD dari Universiti WISE, Jordan. Beliau juga merupakan pensyarah di UMSKAL yang mengajar subjek Bahasa Arab.

Antara tajuk-tajuk yang akan disampaikan sepanjang kursus adalah seperti berikut:

  1. Pendedahan mengenai universiti-universiti yang terdapat di timur tengah dan    pengkhususannya.
  2. Pengenalan komunikasi dialek timur tengah.
  3. Budaya komunikasi dialek di timur tengah.
  4. Undang-undang keselamatan dan hubungan diplomatik.
  5. Kesihatan dan kewangan.
  6. Peluang kejayaan dan pengalaman baru.

Mereka yang berminat bolehlah mendapatkan borang di kaunter utama PPIB di tingkat 6 bangunan menara UMSKAL dengan menyertakan yuran pendaftaran sebanyak RM350 sebelum pada 30 Jun 2017. Bagi bayaran pendaftaran lewat selepas tarikh berikut akan dikenakan sebanyak RM500.

Peserta akan diberikan sijil, nota dan juga hidangan ringan akan disediakan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Puan Siti Nurul Aishah di talian 017-8137033 (telefon/whatsapp/sms) Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau (e-mel).

Tamat.