Artikel penyelidikan Leftenan Kolonel (PA) Profesor Madya Dr. Norazah Mohd Suki dari Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan, Universiti Malaysia Sabah yang bertajuk “Green product purchase intention: impact of green brands, attitude, and knowledge” yang diterbitkan dalam British Food Journal telah dipilih oleh pasukan editorial jurnal sebagai “Highly Commended Paper in the 2017 Emerald Literati Network Awards for Excellence”.

Beliau adalah pensyarah tunggal Malaysia memenangi anugerah bersama-sama dengan beberapa orang pensyarah lain dari universiti terkemuka.

Kriteria yang digunakan untuk menilai 2017 Emerald Literati Network Awards for Excellence adalah berdasarkan kepada enam kriteria termasuk pengantarabangsaan, kepelbagaian, sokongan untuk penyelidikan ilmiah, dan kesan impak/galakan penyelidikan gunaan.

Tamat.