Leftenan Kolonel (PA) Profesor Madya Dr. Norazah Mohd Suki dari Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan, Universiti Malaysia Sabah mengharumkan nama universiti apabila pembentangan yang sangat menyakinkan di 2nd Advances in Social Sciences Research International Conference, Bandung Indonesia yang telah diadakan pada 5-6 May 2017 bertajuk “Examining Students’ Satisfaction in Campus-Voting: A Correlation Analysis” telah dinobatkan sebagai “Best Presenter Award”.

Dalam persidangan antarabangsa ini, beliau telah membentangkan bahawa kepuasan dalam kampus e-voting sangat berkaitan dengan pengetahuan dan tanggapan pelajar sebagai pengundi terhadap calon yang ingin diundi.

Apabila mereka berpengetahuan mengenai calon yang ingin diundi secara elektronik dalam kampus, mereka menyedari aspirasi calon yang dinamakan dapat menegakkan hak, keperluan, dan permintaan mereka secara positif daripada pihak pengurusan universiti.

Tamat.