LABUAN – Exco Persatuan Pegawai Pengurusan dan Profesional Bukan Akademik, Universiti Malaysia Sabah (PPUMS) telah mengadakan Majlis Ramah Mesra PPUMS bersama ahli PPUMS di UMS, Kampus Antarabangsa Labuan, baru-baru ini.

Rombongan tersebut diketuai Pengerusi PPUMS, Azmi Jumat bersama 9 Ahli Exco yang lain.

Mereka hadir bagi satu sesi mesyuarat Exco dan bersama Ahli PPUMS Labuan di Bilik Mesyuarat Kiamsam pada 10 Julai lalu.

Seterusnya jamuan ringan iaitu Majlis Ramah Mesra Exco bersama Ahli-ahli di UMS Labuan.

Azmi berharap PPUMS akan terus menabur bakti kepada ahlinya dan seterusnya menyumbang tenaga dan idea kepada pembangunan UMS secara keseluruhannya.

Beliau tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan universiti yang sentiasa memberikan sokongan dan kerjasama padu terhadap PPUMS selama ini.

Timbalan Pendaftar Kanan UMSKAL, Zamri Mohamad Tuah meraikan rombongan PPUMS pada majlis ramah mesra tersebut.

Tamat.