LABUAN – Majlis Hari Raya Aidilfitri Sektor Pentadbiran dan Sumber Manusia, Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) disambut sederhana tetapi meriah.

Sambutan yang diadakan di Tingkat 12, Bangunan Menara UMSKAL pada 22 Julai 2017 itu dimeriahkan lagi dengan kehadiran kakitangan di kampus tersebut yang datang seawal pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari.

Timbalan Pendaftar Kanan UMSKAL, Zamri Mohamad Tuah berkata majlis itu diadakan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dalam kalangan warga kampus tersebut.

Beliau yakin menerusi majlis itu, komunikasi antara kakitangan UMSKAL akan menjadi lebih baik dan mesra.

“Saya berharap majlis Aidilftri itu akan mengeratkan lagi hubungan baik yang sedia terjalin antara kakitangan di UMS Labuan, “katanya.

Pelbagai juadah istimewa termasuk sate, lontong, mee Jawa, laksa Siam, nasi dan lauk-pauk kampung, nasi ayam serta kuih-muih yang dibawa sendiri kakitangan Sektor Pentadbiran, Pejabat Pengarah, Sektor Keselamatan dan Sektor Hal Ehwal Masjid menjadikan majlis itu sukar dilupakan pengunjung.

Tamat.