LABUAN – Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) bersedia menghadapi tiga lagi pasukan di Kejohanan Sukan Empat Penjuru pada 11-13 Ogos 2017.

Selain UMSKAL, tiga lagi pasukan yang akan menyertai sukan itu ialah Perbadanan Labuan, PDRM, Jabatan Imigrsen dan PDRM.

Empat pasukan tersebut akan menyertai acara badminton, bowling, pool, bola sepak, ping pong, bola tampar, bola jaring, dart dan golf.

Timbalan Pendaftar Kanan UMSKAL, Zamri Mohamad Tuah berkata kejohanan tiga hri itu bertujuan untuk memberi peluang dan ruang kepada kakitangan agensi tersebut bersukan dan beriadah.

Katanya, kejohanan itu bukanlah medan untuk mencari pemenang semata-mata tetapi adalah untuk mengeratkan lagi hubungan baik antara UMS Labuan dengan tiga agensi kerajaan itu.

“UMS Labuan mengambil inisiatif menganjurkan Kejohanan Sukan Empat Penjuru 2017 bagi mengeratkan lagi hubungan baik yang sedia terjalin antara agensi kerajaan yang mengambil bahagian pada tahun ini,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan mesyuarat penyelarasan program itu di Bilik Seminar Kiamsam, Bangunan Menara UMS Labuan, pada 3 Ogos 2017.

Turut hadir Pegawai Belia dan Sukan Kanan, Gabriel Moinjil selaku Setiausaha dan wakil Perbadanan Labuan, Jabatan Imigrsen dan PDRM Labuan.

Hadir sama penyelaras sukan terbabit.

Kontinjen UMS Labuan akan diketuai sendiri Pengarah UMSKAL, Prof Madya Dr Murnizam Haji Halik.

Dr Murnizam berharap tiga lagi agensi itu akan menampilkan pegawai kanan di samping kakitangan di semua peringkat.

Katanya, menerusi program tersebut, pegawai dan kakitangan keempat-empat agensi dapat beramah mesra dan berinteraksi sekaligus mengetahui serba sedikit peranan mereka di Wilayah Persekutuan Labuan.

Tamat.