LABUAN – Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) muncul juara keseluruhan edisi pertama Kejohanan Sukan Persahabatan Empat Penjuru 2017 yang diadakan pada 18-20 Ogos 2017.

Naib johan Perbadanan Labuan, ketiga PDRM dan keempat Jabatan Kesihatan Labuan.

Kontinjen UMSKAL yang diketuai Pengarah UMSKAL, Prof Madya Dr Murnizam Haji Halik mengumpul 34 mata manakala Perbadanan Labuan selaku naib johan dengan 33 mata.

Tempat ketiga PDRM dengan 30 mata dan keempat Jabatan Kesihatan Labuan 25 mata.

UMS Labuan meraih lima emas menerusi acara bola tampar wanita, boling berpasukan, boling lelaki dan wanita serta bola jaring.

Perbadanan Labuan membawa pulang dua emas menerusi acara golf dan dart.

Satu pingat emas yang dimenangi PDRM adalah menerusi acara pool.

Jabatan Kesihatan Labuan mendapat tiga emas menerusi acara bola sepak 9 sebelah, bola tampar lelaki dan badminton.

Pada tahun ini empat pasukan mengambil bahagian di kejohanan sulung itu iaitu Perbadanan Labuan, PDRM dan Jabatan Kesihatan Labuan serta UMS Labuan.

Empat pasukan tersebut menyertai acara badminton, bowling, pool, bola sepak, bola tampar lelaki dan wanita, bola jaring, dart dan golf.

Majlis penutupan dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Timbalan Pendaftar Kanan UMSKAL, Zamri Mohamad Tuah yang mewakili Pengarah UMSKAL, Prof Madya Dr Murnizam Haji Halik yang diadakan di Dewan Utama pada 20 Ogos 2017.

Turut hadir pada majlis penutupan itu ialah ketua kontinjen Perbadanan Labuan, Nor Aizan Mait, ketua kontinjen PDRM, DSP Mohd Ibrahim Mohd Ghani dan ketua kontinjen Jabatan Kesihatan, Dr Ismuni Bohari serta Setiausaha Kejohanan, Gabriel Moinjil.

Zamri berkata Kejohanan Sukan Persahabatan 4 Penjuru 2017 itu merupakan inisiatif dan idea daripada Dr Murnizam sendiri yang mahu mengeratkan lagi hubungan antara UMS Labuan dengan agensi kerajaan di Wilayah Persekutuan Labuan.

Malah katanya, kejohanan tiga hari itu turut memberi peluang dan ruang kepada kakitangan agensi tersebut bersukan dan beriadah serta mengamalkan gaya hidup sihat.

“UMS Labuan mengambil inisiatif menganjurkan Kejohanan Sukan Empat Penjuru 2017 bagi mengeratkan lagi hubungan baik yang sedia terjalin antara agensi kerajaan di Wilayah Persekutuan Labuan,”katanya.

Tambah Zamri, menerusi program tersebut, banyak urusan yang membabitkan UMS Labuan dengan agensi kerajaan dapat dipermudahkan.

Kejohanan itu akan diadakan pada setiap tahun dengan beberapa penambahan acara dan pasukan yang mengambil bahagian.

Zamri tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada semua AJK Penganjur, Penyellaras Acara Sukan, pengadil, pegawai dan atlet kempat-empat kontinjen yang mengambil bahagian pada kali ini.

Tamat.