LABUAN- Pada 30 September lalu, Kelab Suri Rumah dan Wanita Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (KESUMBA UMSKAL) telah mengadakan lawatan khas melaksanakan tanggungjawab sosial ke tapak kawasan rumah mangsa kebakaran di Kampung Rancha-Rancha Darat yang telah berlaku pada 17 September lalu.

Dalam sesi lawatan tersebut, Bendahari KESUMBA UMSKAL, Eldayana Suhaili mewakili Pengerusi KESUMBA UMSKAL, Hayati Salleh Baihaki menyampaikan sumbangan kepada mangsa.

Sumbangan yang disampaikan adalah berupa wang tunai, barang-barang keperluan harian dan pakaian yang telah disumbangkan oleh ahli-ahli KESUMBA UMSKAL agar dapat meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa.

Turut menyertai lawatan tersebut adalah Exco KESUMBA UMSKAL iaitu Norhanizah Adnan, Nazariah Jalib, Ruby Zawati Timbang serta dua ahli KESUMBA USMKAL, Suria Kahar dan Aishah Adam. 

Tamat.