LABUAN – Program Kewangan Islam (HE23) Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL), UMS Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) telah menganjurkan taklimat Perbankan Islam di Podium D, Bangunan Menara universiti itu pada 11 Oktober 2017.

Taklimat tersebut disampaikan oleh Pengurus Besar, Ketua Bahagian Syariah, Bank Islam Malaysia Berhad, Ustaz Haji Mohd Nazri Chik.

Turut hadir Dekan FKAL, Prof Madya Dr Hanudin Amin. Timbalan-timbalan Dekan FKAL, Dr Lee Hock Ann dan Dr Mohd Fahmi Ghazali dan Pengurus Cawangan Bank Islam Labuan, Melvin Ogos @ Mohd Yahya Nawid.

Hadir sama Ketua Program HE23, Ahmad Aizudin Hamzah, pensyarah dan 140 pelajar.

Dr Hanudin berharap menerusi taklimat itu, pelajar yang mengambil jurusan Kewangan Islam akan mendapat pendedahan dan ilmu mengenai Perbankan Islam.

“Taklimat mengenai kursus yang diambil oleh pelajar akan diadakan secara berterusan supaya mereka lebih memahami secara lebih terperinci seperti mana yang diajar oleh pensyarah di bilik kuliah,”katanya.

Tamat.