LABUAN – Pada 13 Oktober 2017, Sektor Hal Ehwal Islam dan Pengurusan Masjid (SHEIM), UMS Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) telah menganjurkan Majlis Ilmu di Bilik Seminar Layangan, Aras 11, Bangunan Menara universiti itu.

Ceramah bertajuk ‘Fiqh Al Mutahayyirat – Persoalan berkaitan dengan haid dan istihadah disampaikan oleh Pegawai Unit Agama, Pusat Koreksional, Jabatan Penjara Malaysia Labuan, Mohamad Najah Elias.

Majlis yang bermula pukul 9 pagi itu dihadiri pensyarah, pegawai dan kakitangan pelaksana UMS Labuan.

Turut hadir Ketua Sektor SHEIM, Ustaz Mohd Khairul Isham Abd Latiff.

Khairul Isham berharap majlis ilmu akan memberi manfaat kepada semua warga universiti khususnya pensyarah dan kakitangan yang hafir.

“Menerusi majlis ilmu itu, staf yang hadir akan menyampaikan maklumat yang diperolehi kepada ahli keluarga, “katanya.

Tamat.