LABUAN – Tiga artis terkenal tanah air iaitu Aweera, Ara dan Aepul (Drama Band) akan menghiburkan pengunjung Pesta Tamu Gadang Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) 2017 pada majlis penutupan 12 November ini di Dewan Utama.

Pesta Tamu Gadang UMSKAL akan berlangsung selama tiga hari pada 10 hingga 12 November ini.

Pengarah UMSKAL, Prof Madya Dr Murnizam Haji Halik (gambar) berkata persembahan pentas itu adalah antara acara yang disediakan penganjur untuk menarik kehadiran pengunjung dari dalam dan luar ke UMS Labuan.

Beliau berharap kehadiran artis terkenal tanah air itu mampu memghiburkan orang ramai khususnya warga Wilayah Persekutuan Labuan.

“Saya yakin penduduk tempatan dari daerah berhampiran seperti Limbang dan Lawas, Menumbok, Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort, Bongawan, Kimanis, Papar dan Kota Kinabalu serta Brunei Darussalam selain warga Wilayah Persekutuan Labuan akan membanjiri Dewan Utama UMSKAL untuk menyaksikan persembahan artis tanah air itu,”katanya.

Turut diadakan acara Cyber Game Challenge (9/11/2017), Cutey Catz (12/11/2017), Kejohanan Catur Piala Pengarah UMSKAL (11/11 -12/11/2017), Cooking Battle (11/11/2017), Labuan Voice Karaoke Competition (10/11 - 12/11/2017) dan futsal terbuka lelaki (10-12).

Pada tahun ini juga penganjur mengadakan Kids Got Talent (10/11 - 12/11/2017), Show Me What You Got (10/11 - 12/11/2017), Pertandingan Bola Jaring, Bengkel Tarian Tradisional (11/11/2017), Pameran Moto Cup (12/11/2017), Pameran Perubatan Tradisional & Komplementari (10/11-12/11/2017), Orientering (12/11/2017) dan Memanah (10/11/2017).

Dr Murnizam berkata bagi memeriahkan lagi program tahunan itu, pihaknya menyediakan gerai makanan, food truck expo, expo APK dan car boot sale.

Sehubungan itu, beliau mengalu-alukan kehadiran orang ramai bukan sahaja untuk memeriahkan Pesta Tamu Gadang UMSKAL 2017 tetapi juga membantu menjana ekonomi peniaga tempatan.

Untuk keterangan lanjut boleh menghubungi Fadzli 0168241624 atau melayari facebook.com/tamugadangkal.

Tamat.