LABUAN - Kucing ‘Owen’ yang dimiliki Samri Sarin dan kucing ‘Basted’milik Mohd Arwin Mohd Fadilah  muncul johan kategori tempatan dan eksotik pada Pertandingan Kucing (KAL - Cutey Catz 2017 Tamu Gadang UMSKAL sempena Majlis Konvokesyen UMS Kali Ke-19. Dengan kemenangan itu, kedua-duanya membawa pulang RM350.

Naib johan kategori tempatan dimenangi Immy Raidilsa Mazlan Suriansah bersama kucingnya Token / Pampak sekaligus menerima RM200. Pemilik kucing ‘Cindy’ Murhie Kahar pula menduduki tempat ketiga dan menerima RM100.

Bagi kategori Eksotik, johan menjadi milik Mohd Arwin Mohd Fadilah bersama kucingnya ‘Basted’ dan memenangi RM350. Kucing paling popular turut diraih ‘Basted’menerusi undian.

Kucing ‘Curl’ yang dimiliki Affendy Roslan pula menduduki tempat kedua untuk menerima RM200. Hadiah tempat ketiga sebanyak RM100 pula dimenangi Mohd Raffey Rosman bersama kucingnya ‘Julien”.

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Pengarah UMSKAL, Prof. Madya Dr. Murnizam Haji Halik di Dewan Theattreate, UMSKAL pada 12 November 2017.

Menurut Penyelaras Program, Mohd Nurulizam Tinggal, pertandingan yang diadakan dari pukul 8.00 pagi - 12.30 tengah hari itu diadili Dr. Mary Sia James Abie dan Ahmad Mujahid Khatib dari Jabatan Veteriner W.P. Labuan.

Kateria pertandingan itu merangkumi kesihatan, kebersihan dan sifat fizikal.

Sebanyak 18 ekor kucing menyertai pertandingan itu pada tahun ini.

Tamat.