94 pemain meriahkan Kejohanan Catur Piala Pengarah UMS-KAL 2017

LABUAN – Seramai 94 peserta telah menyertai Kejohanan Catur Piala Pengarah UMSKAL 2017 (KCPP 2017) yang diadakan di Bilik Tutorial, Dewan Kuliah Pusat, UMS, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) pada 11-12 November 2017.

Daripada jumlah itu, 68 merupakan pelajar sekolah rendah, menengah dan tadika di Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah manakala 12 peserta handal yang mempunyai fide rating setinggi 2061 elo rating.

Peserta yang turut serta termasuk pelajar-pelajar daripada SK Likas, SMK Kota Marudu, Politeknik Kota Kinabalu dan UiTM Dengkil.

Murid Tadika St. Anne Labuan, Jason Warren Likoh yang berusia 5 tahun merupakan peserta termuda kejohanan itu pada tahun ini.

Penyelaras Kejohanan, Jonathan Likoh mengucapkan terima kasih kepada Pengarah UMSKAL, Professor Madya Dr Murnizam Haji Halik yang juga Penaung Kejohanan kerana memberikan sokongan padu terhadap penganjuran kejohanan itu.

“Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada Pengarah Kejohanan, Siti Rozana Zainuddin dam Ketua Arbiter, Mohd Aminuddin Abdul Malek serta semua AJK Penganjur 2017,”katanya.

Katanya, pada tahun ini pihaknya mengunakan Format Pertandingan Kejohanan Catur Rapid Terbuka Sistem Swiss 7 Pusingan.

Sementara itu, bagi hadiah utama, juara menjadi milik Mohd Jan Jaraidi dari Sabah, kedua, Abdul Sahim Wising (Sabah) dan ketiga Datu Mohd Wafi Irfan Datu Mohd Amin (SMK Kota Marudu, Sabah).

Bagi Kategori Terbaik UMSKAL, tempat pertama Felix Tommy Jemi (HE 21 Pemasaran Antarabangsa), kedua Muhammad Aiman Tarmizi (HE 23 Kewangan Islam) dan ketiga Awang Mohd Syafiq Mohd Kiflee (HE 22 Ekonomi Kewangan Antarabangsa).

Murid SMK Mutiara, Labuan, Germanus Banius menduduki tempat pertama Kategori Terbaik Sekolah Menengah, kedua Shahril Al-Taqwa Jasreh (SMK Kota Marudu, Sabah) dan ketiga Muhammad Aqeel Haqeem Anuar (SM Sains, Labuan).  

Manakala bagi Kategori Terbaik Sekolah Rendah, tempat pertama dimenangi Muhd Tirmidzi Abdul Sahim dari SK Likas, Sabah, kedua Nurshadiqin Raziq Irfan Ridu (SK Pantai, Labuan) dan ketiga Zahin Hafizi Zardi (SK Lubok Temiang, Labuan).                

Murid Tadika St. Anne Labuan, Jason Warren Likoh menjuarai Kategori Terbaik Tadika mengatasi rakannya, Muhammad Amirul Azizi Asgami (Tadika St. Anne Labuan).

Hadiah kepada pemenang disampaikan Jonathan Likoh di Dewan Kuliah Pusat, UMS Labuan.

Beliau mengucapkan terima kaish kepada semua peserta dan berharap mereka akan beraksi lagi pada masa akan datang.

Tamat.