LABUAN- Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL), Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) telah menganjurkan bengkel Making Better Decisions Using Analytical Hierarchy Process (AHP) bertempat di Investment Lab, Tingkat 7, Bangunan Menara UMSKAL, baru-baru ini. 

Bengkel yang berlangsung selama dua hari iaitu pada 16 dan 17 Disember 2017 telah disertai oleh beberapa pelajar prasiswazah UMSKAL termasuk seorang pensyarah dan guru lepasan PhD.

Pengendali bengkel, Dr Anath Rau Krishnan yang merupakan Pensyarah Kanan FKAL berkata bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan para peserta tentang  kelebihan AHP sebagai sebuah teknik kuantitif yang mampu menyelesaikan pelbagai masalah pembuatan keputusan secara sistematik.

Beliau berharap para peserta akan mempertimbangkan pengaplikasian teknik tersebut dalam bidang penyelidikan atau kerjaya mereka kelak.

Dr Anath turut berterima kasih kepada Dekan FKAL, Dr Zaiton Osman dan bekas Dekan FKAL Professor Madya Dr Hanudin Amin serta para kakitangan fakulti dan kampus yang telah memberikan sokongan dan kerjasama yang penuh dalam menjayakan program ini.

Sepanjang bengkel berlangsung, peserta mengikuti pelbagai aktiviti seperti sesi pengajaran dan perbincangan, tugasan individu, kuiz dalam talian dan pengunaan perisian AHP yang dikenali sebagai Expert Choice

Setiap peserta bengkel telah menerima sijil penyertaan berserta bahan bengkel yang berkaitan. 

Beliau menambah, FKAL merancang untuk melaksanakan lebih banyak kursus atau bengkel pendek seumpama ini pada masa yang akan datang.

Tamat.