LABUAN - Majlis penutupan Karnival Kokurikulum Semester 1 Sesi 2017/2018 Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (Karkomkal) yang berlangsung di Dewan Utama UMSKAL telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah (Akademik), Pusat Kokurikulum Dan Pemajuan Pelajar Universiti Malaysia Sabah, Dr. Jurry Foo @ Jurry F. Michael pada 16 Disember 2017.

Turut hadir Penolong Pendaftar Kanan PKPP UMS, Victor Gondipon dan Penolong Pendaftar PKPP UMSKAL, Mas Adi Alimin selaku Penyelaras Program Karnival Kokurikulum Semester 1 Sesi 2017/2018 UMSKAL.

Hadir sama Exco Kebajikan Daan Khidmat Mahasiswa UMSKAL, Najiha Putri Zaimi dan Pengarah Program Karnival Kokurikulum Semester 1 Sesi 2017/2018, Shaikh Haidhar Husmadi serta barisan jurulatih kokurikulum UMS dan UMSKAL.

Sempena karnival itu, pelbagai acara diadakan termasuk Sleep Wrestling antara wanita dan lelaki, pertandingan makan api, meneka bahan yang diberi melalui deria rasa dengan mata yang tertutup dan Amazing Race.

Pada majlis penutupan pula diadakan penyampaian Anugerah Khas kepada Mohd Azlan Gani atas segala sumbangan beliau kepada PKPP UMSKAL, cabutan bertuah, King Of The Night, sesi bergambar bersama tetamu kehormat dan sesi bergambar Family Karkomkal 2017/2018 yang terdiri daripada Majlis Tertinggi, Majlis Exco dan Ahli Jawatan Kuasa serta Pembantu Tadbir PKPP.

Persembahan pelajar Kursus Kokurikulum SISPA I dan III menyerikan lagi majlis penutupan tersebut.

Pada 15 Disember 2017 (Jumaat) dari jam 8 pagi hingga 5 petang, seramai 13 orang kakitangan Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu telah membantu menjayakan Program Derma Darah anjuran Pelajar Kokurikulum Semester 1 Sesi 2017/2018 UMSKAL di lobi menara Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL).

Rekod menunjukkan seramai 209 orang bilangan penderma yang mendaftar iaitu pencapaian sebanyak 139.33% berbanding sasaran penderma seramai 150 orang sahaja manakala seramai 120 bilangan penderma yang berjaya iaitu sebanyak 57.41%.

Para penderma terdiri daripada pelajar dan kakitangan UMSKAL itu sendiri serta masyarakat setempat.

Turut diadakan acara Sukan Rakyat di Pantai UMSKAL pada 16 Disember 2017 (Sabtu) jam 7.00 pagi hingga 11.00 pagi.

Manakala pada jam 11.00 pagi hingga 1.00 petang pula diadakan Pertandingan Makan Api di tempat meletak kenu.

Peserta sedang berusaha menghabiskan Samyang yang pedas secepat yang mungkin.

Turut diadakan Amazing Race di sekitar UMSKAL.

Peserta perlu meneka bahan yang diberi melalui deria rasa dengan mata yang tertutup.

Tamat.