Nama Universiti Malaysia Sabah terus dikenali di peringkat antarabangsa apabila pembentangan Leftenan Kolonel (PA) Profesor Madya Dr. Hjh. Norazah Mohd Suki dari Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan yang sangat menyakinkan di 2nd Recent Research in Business and Technology Management International Conference  ​(BIZTEM 2018) yang diadakan pada 5-7 Januari 2018 di Hotel Mercure Kota Kinabalu, Sabah telah dinobatkan sebagai “Pembentang Terbaik”.

Pembentangan kertas kerja beliau bertajuk “Halal Cosmetic Products: Do Knowledge and Religiosity Affect Consumers’ Attitude and Intention to Use?”.

Dalam persidangan antarabangsa ini, beliau telah membentangkan hasil penyelidikan yang signifikan bahawa sikap adalah peramal yang paling kuat dalam mempengaruhi niat pengguna menggunakan produk kosmetik Halal, di samping aspek seperti pengetahuan dan religiositi.

Dengan mempunyai sikap positif terhadap produk kosmetik Halal, pengguna sentiasa melihat label Halal ketika membeli produk kosmetik.

Penggunaan produk kosmetik Halal adalah amat penting bagi pengguna, terutamanya apabila keputusan untuk menggunakannya adalah atas pilihan mereka sendiri.

Tamat.