LABUAN - Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melancarkan buku sejarah Chimney Mercu Tanda Sejarah Peradaban Maritim Pulau Labuan tulisan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS, Prof Dr Ismail Ali dan Nur Suriana Shalfoddin.

Pelancaran buku itu diadakan sempena program Kenduri 1Wilayah Persekutuan peringkat Labuan yang diadakan di parkir Gelanggang Lawn Bowls, Tanjung Purun, kelmarin.

Turut hadir isteri Tengku Adnan, Datin Seri Anggraini Sentiyaki, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Adnan Mohd Ikhsan, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli, Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bashir Alias dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Datuk Azhar Ahmad.

Hadir sama Timbalan-timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Mohd Zamri Isa, Haji Rithuan Ismail dan Fadzilah Haji Mahmud.

Buku Chimney Mercu Tanda Sejarah Peradaban Maritim Pulau Labuan ditulis oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS, Prof Dr Ismail Ali dan Nur Suriana Shalfoddin.

Ismail berharap menerusi buku itu, orang ramai termasuk pelancong dari dalam dan luar negara serta penduduk tempatan akan mengenali dengan lebih dekat sejarah Chimney yang terletak di Tanjong Kubong, Kampung Lubok Temiang.

“Menerusi buku sejarah itu, lebih ramai pelancong akan berkunjung ke Labuan pada masa akan datang. Setakat ini kami hanya mencetak sebanyak 500 buku dan jika mendapat sambutan yang menggalakkan, kami akan mencetaknya lagi,”katanya.

Tambah Ismail, buku sejarah itu diterbitkan dalam Bahasa Malaysia dan bakal diterbitkan dalam Bahasa Inggeris dan Mandarin pada masa akan datang.

Tamat.