LABUAN – Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) turut menjayakan Majlis Makan Malam Amal Media 2018 yang diadakan di Palm Beach Resort and Spa di Batu Manikar pada 10 Mac 2018.

Rombongan universiti itu diketuai Timbalan Pengarahnya, Prof Madya Dr Geoffrey Harvey Tanakinjal yang mewakili Pengarah UMSKAL, Prof Madya Dr Murnizam Haji Halik.

Bagi pihak universiti, Dr Geoffrey mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan komitmen pihak media yang banyak menghebahkan pelbagai program anjuran universiti khususnya yang membabitkan program mahasiswa.

Beliau juga merakamkan ucapan tahniah atas kejayaan penganjuran Majlis Makan Malam Media 2018.

Majlis Makan Malam Media itu dihadiri Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli sebagai tetamu kehormat.

Tamat.