LABUAN – Staf Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) perlu kelihatan sihat, cergas dan cerdas.

Timbalan Pendaftar Kanan UMSKAL, Zamri Haji Mohamad Tuah berharap dengan memiliki kesihatan yang baik akan memudahkan mereka menjalankan urusan harian dengan berkesan.

“Sekurang-kurangnya seminggu sekali, kakitangan perlu mengikuti aktiviti riadah dan sukan yang mampu melahirkan individu yang sihat, cergas dan cerdas,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengetuai pasukan Sektor Pentadbiran mengadakan perlawanan bola tampar persahabatan menentang pasukan Sektor Kewangan di Gelanggang UMSKAL pada 22 Mac 2018.

Pasukan Sektor Kewangan diketuai Penolong Bendahari, Mohammad Anwar Abdullah yang mewakili Penolong Bendahari Kanan, Mohd. Nazir Ab. Manan.

Zamri berkata menerusi aktiviti itu juga dapat mengeratkan hubungan baik yang sedia terjalin antara kedua-dua pihak.

“Kita akan mengadakan lebih banyak program bagi mengukuhkan hubungan baik antara kakitangan UMS Labuan seperti mana yang digalakkan Pengarah UMSKAL Prof Madya Dr Murnizam Haji Halik,”katanya.

Tamat.