LABUAN - Pegawai Pengurusan dan Profesional Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) turut menghayati Aspirasi Pendaftar UMS 2018, No’man Datuk Haji Ahmad.

Program yang diadakan di Kesumba Café and Lounge, Aras 11, Bangunan Menara UMSKAL itu disiarkan menerusi persidangan video dari Dewan Resital UMS, Kota Kinabalu pada 5 April 2018.

Kumpulan pegawai kanan UMSKAL itu diketuai Timbalan Pendaftar Kanan UMSKAL, Zamri Haji Mohamad Tuah.

No’man mahu semua pegawai dan kakitangan memperkukuhkan tadbir urus, pengurusan Sumber Manusia secara holistik dan kepimpinan.

Selain itu, memperkukuhkan sistem penyampaian, kualiti maklumat dan tahap keselamatan dan harta universiti.

“Saya berharap semua pegawai dan kakitangan sentiasa medukung amanat Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr D Kamarudin D Mudin,”katanya.

Tamat.