LABUAN – Pada 6 April 2018, telah berlangsung perlawanan bola tampar persahabatan antara Sektor Pentadbiran dan Sumber Manusia (SPSM) UMSKAL dengan pasukan Sektor Perpustakaan UMSKAL di Gelanggang UMSKAL.

Pasukan SPSM diketuai Timbalan Pendaftar Kanan UMSKAL, Zamri Haji Mohamad Tuah.

Manakala pasukan Sektor Perpustakaan diketuai Pustakawan Kanan, Baharin Entoh dan Pustakawan, Ruhidah Raplee.

Zamri mahu staf Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) beriadah dan bersukan pada setiap petang.

Katanya, menerusi kegiatan yang positif itu akan melahirkan warga universiti yang sihat, cergas dan cerdas.

“Pengarah UMSKAL sendiri menggalakkan kakitangan universiti untuk menjalani kegiatan yang positif termasuk bersukan dan riadah pada setiap hari,”katanya.

Zamri berkata menerusi aktiviti itu juga dapat mengeratkan hubungan baik yang sedia terjalin antara pegawai dan kakitangan kedua-dua sektor.

“Menerusi program itu juga, kakitangan dapat menggunakan kemudahan yang disediakan pihak pengurusan UMS Labuan,”katanya.

Tamat.