LABUAN – Sukan bola jaring telah mengeratkan hubungan persahabatan antara pemain pra universiti SMK Labuan dan mahasiswa Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) pada 7 April 2018.

Perlawanan persahabatan itu diadakan sempena lawatan sambil belajar ke UMSKAL melalui program Aku Bakal Mahasiswa, baru-baru ini.

Penolong Kanan Prauniversiti SMK Labuan, Saminan Sabtu mengetuai rombongan SMK Labuan yang turut disertai 143 orang pelajar dan 27 pensyarah.

Perlawanan sukan itu dikendalikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMSKAL yang diadakan di Gelanggang Bola Jaring UMSKAL.

Saminan yang mewakili Pengetua SMK Labuan, Ismail Abdullah berharap MPP UMSKAL akan mengadakan lawatan balas ke SMK Labuan pada masa akan datang.

Tamat.