LABUAN - Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) telah menganjurkan Amazing Race 2018 yang diadakan di kampus tersebut pada 8 April 2018.

Pengarah Program Amazing Race 2018, Nik Syazwan Nik Halizi berkata program yang bermula pada jam 6:30 pagi itu untuk pendaftaran peserta dan diteruskan dengan senamrobik.

Program Amazing Race ini mempunyai 5 checkpoint yang dimulakan dari padang UMSKAL. Checkpoint 2 berada di Beach café, checkpoint 3 di gelanggang bola tampar, checkpoint 4 di Taman Damai dan checkpoint 5 kembali ke padang UMSKAL.

Sementara itu, tempat pertama dimenangi oleh kumpulan Johnny Jalan yang menerima hadiah wang tunai sebanyak RM300.

Tempat kedua dimenangi oleh kumpulan Gerombolan Labattak yang memenangi RM200.

Manakala tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan Cendol Tang Tung Tuang sekaligus menerima RM150.

Program itu diadakan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan mahasiswa UMSKAL selain salah satu aktiviti JAKMAS pada tahun ini.

Pada masa sama, peserta juga mengetahui beberapa produk pelancongan tempatan menerusi laluan di Taman Damai, Layang-Layangan.

“Menerusi penganjuran The Amazing Race mampu melahirkan mahasiswa yang cergas, cerdas dan sihat tubuh badan untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran di bilik kuliah, “kata Nik Syazwan.

Majlis penutupan dan penyampaian hadiah kepada para pemenang disempurnakan oleh Pengetua Kolej Kediaman UMSKAL, Dr. Hadzariah Ismail.

Tamat.