LABUAN – Seramai 20 kakitangan Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) telah menjayakan Kursus Basic Life Support 2018 yang diadakan di Bilik Seminar Kiamsam pada 4 Mei 2018.

Ceramah disampaikan oleh Pengarah Klinikal Hospital UMS (HUMS), Dr.Rajesh Kumar Muniandy.

Turut menyampaikan taklimat ialah Ketua Pegawai Eksekutif HUMS, Prof. Madya Dr. Awang Setia Musleh.

Penolong Pendaftar Sektor Pentadbiran dan Sumber Manusia, UMSKAL, Earlene Kasamira V Edham berharap kakitangan yang menghadiri kursus tersebut akan memperolehi ilmu tambahan.

“Saya berharap kakitangan yang terbabit akan menggunakan pengetahuan dan pengalaman mengikuti kursus tersebut untuk manfaat sendiri dan rakan-rakan serta keluarga,”katanya.

Kursus tersebut mendapat bantuan daripada dua orang doktor dan empat kakitangan HUMS.

Prof. Madya Dr. Awang Setia turut mengadakan perbincangan dengan Earlene Kasamira dan Penolong Pendaftar Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Mohd Fadzli Sarudi di Bilik Mesyuarat Eksekutif, Aras 13.

Katanya, pelbagai program akan diadakan seperti kempen kesihatan dan cegah denggi di UMSKAL membabitkan mahasiswa dan kakitangan pada tahun ini.

Tamat.