LABUAN – Majlis Hari Raya Aidilfitri UMS Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) 2018 yang diadakan pada 10 Julai 2018 disambut secara sederhana tetapi meriah.

Persembahan karaoke oleh kakitangan termasuk persembahan istimewa Pengarah UMSKAL, Prof Madya Dr Murnizam Haji Halik menyerikan lagi majlis itu yang diadakan di ruang legar Bangunan Menara, kelmarin.

Hampir 300 kakitangan, pensyarah dan pekerja kontraktor yang menghadiri majlis itu bergembira sambil menikmati pelbagai juadah yang disajikan.

Malah, mereka pulang ceria selepas menerima hadiah cabutan nama bertuah yang disediakan pihak penganjur.

Turut hadir Timbalan Pengarah, Prof Madya Dr Geoffrey Harvey Tanakinjal dan Timbalan Pendaftar Kanan, Zamri Haji Mohamad Tuah.

Dr Murnizam yakin menerusi majlis seperti itu, hubungan baik yang sedia terjalin antara warga universiti akan terus kukuh untuk memastikan UMSKALberdaya maju khususnya dalam bidang akademik.

Beliau berharap kerjasama dan komitmen semua pihak itu akan diteruskan dalam pelbagai bidang pada masa akan datang.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua kakitangan yang menjayakan sambutan Aidilfitri pada tahun ini. Saya berharap kerjasama padu akan bertersan pada masa akan datang,”katanya.

Tamat.