LABUAN – Isteri Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad iaitu Prof Dr Zaitun Abu Bakar telah mengadakan lawatan ke Pusat Pembelajaran Kanak-Kanak Autisme, UMS Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) pada 13 Julai 2018.

Beliau yang juga Penaung PUSPANITA Kementerian Wilayah Persekutuan diberi taklimat berkaitan pengurusan pusat tersebut oleh Pengerusi Pusat Autisme Labuan, Shaffry Mohd. Sarif.

Turut hadir Pengerusi Puspanita KWP, Datuk Aslinah Mohd Ariffin dan Pengerusi Puspanita Labuan, Datin Nuraini Mohammed Hanafiah.

Pada majlis itu, Puspanita turut menyumbangkan set peralatan mewarna untuk 30 orang kanak-kanak autisme.

Shaffry mengucapkan terima kasih atas kunjungan rombongan isteri Menteri Wilayah Persekutuan dan Puspanita Labuan ke Pusat Autisme UMSKAL.

Beliau yakin menerusi kunjungan tersebut, lebih banyak pihak khususnya di KWP mengetahui kewujudan Pusat Autisme Labuan yang terletak di UMS Labuan.

“Pusat Autisme Labuan yang terletak di UMSKAL sentiasa mengalu-alukan kunjungan dan sokongan daripada pelbagai pihak sekaligus sebagai tanda kasih sayang terhadap kanak-kanak autism,”katanya.

Shaffry tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada pengurusan UMS dan Pengarah UMSKAL, Prof Madya Dr Murnizam Haji Halik yang banyak memberikan bantuan dan sokongan moral dan kewangan kepada Pusat Autisme tersebut.

Ini merupakan kunjungan kali pertama Menteri Wilayah Persekutuan ke Labuan bersama isteri sejak dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.

Terdahulu Prof Dr Zaitun telah menghadiri majlis suaikenal bersama AJK Puspanita Labuan yang diadakan Menara Perbadanan Labuan.

Tamat.