LABUAN – Timbalan Pendaftar Kanan Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Zamri Haji Mohamad Tuah telah menerima kunjungan hormat daripada mantan Presiden Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaysia Sabah (Kekaumas), Amat Jutrah Musnih, di pejabatnya di Aras 12, pada 20 Julai 2018.

Perjumpaan itu merupakan kunjungan perpisahan Amat Jutrah yang bersara wajib Isnin lalu.

Amat Jutrah, 60 merupakan Presiden Kekaumas UMS yang pertama sejak 1998 hingga 2017 dan kini digantikan oleh Abd Jalil Sapli.

Beliau juga pernah menyandang jawatan Timbalan Presiden II, Gakum IPTA Malaysia.

Zamri mengucapkan terima kasih atas jasa, pengorbanan dan sumbangan Amat Jutrah terhadap perkhidmatan awam khususnya yang membabitkan ahli kesatuan itu di UMS Labuan.

Sementara itu, Amat Jutrah berharap kakitangan UMS khususnya ahli kesatuan akan terus membantu menyalurkan isu berkaitan perjawatan dan kebajikan untuk ditangani oleh pihak pengurusan UMS.

“Pengurusan UMS sentiasa mendengar permasalahan yang dibangkitkan Kekaumas khususnya yang berkaitan perjawatan dan kebajikan ahli. Terima kasih saya ucapkan kepada pengurusan universiti yang banyak membantu menangani pelbagai isu yang ada,”katanya.

Tamat.