LABUAN – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dengan kerjasama UMS Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) telah menganjurkan Program Bayan Al-Fatwa di Dewan Kuliah Pusat UMSKAL, pada 10 Okt 2018.

Majlis itu dirasmikan oleh Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Haji Hashim Haji Salleh.

Turut hadir Ketua Polis Daerah Labuan, Superitendan Muhd Farid Ahmad dan Penolong Pendaftar Pentadbiran, Mas Adi Alimin.

Kira-kira 200 peserta yang terdiri daripada penjawat awam, swasta, staf dan pelajar UMS Labuan menghadiri program tersebut.

Selepas majlis perasmian, ceramah slot 1: “Fiqh Revolusi Mazhab” oleh Prof. Madya Dr. Irwan Mohd Subri pada pukul 8.30-10.00 pagi.

Ianya diikuti pukul 10-11.30 pagi ceramah slot 2: “LGBT penyakit @ masalah sosial” yang disampaikan Dr. Suhazeli Abdullah.

Slot terakhir yang diadakan pukul 11.30-1.00 tengah hari itu disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam JAWI, Ustaz Mohd Ghazali Mohamed Nor, yang bertajuk “Hadith, kemestian @ pilihan.

Peserta turut mengajukan soalan kepada penceramah yang menyampaikan pencerahan dalam bidang masing-masing.

Tamat.