LABUAN – Seramai 40 peserta persidangan 3rd Applied International Business Conference 2018 (AIBC 2018) telah menghadiri Bengkel “How to Publish in Indexed Journal” yang diadakan di Dorsett Grand Hotel, Labuan pada 24 Oktober 2018.

Bengkel ini dianjurkan oleh Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan, Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan.

Profesor dari Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business (OYAGSB), Universiti Utara Malaysia, Lt. Kol. (PA) Profesor. Ts. Dr. Hjh. Norazah Mohd Suki merupakan penceramah bagi bengkel ini.

Beliau merupakan penyelidik tersohor dan penerima Malaysia’s Research Star Award 2018 yang mempunyai sitasi index SCOPUS yang tinggi.

Peserta bengkel itu terdiri daripada ahli akademik dan pelajar pascasiswazah dari pelbagai institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia dan luar negara.

Bengkel itu bertujuan untuk menarik minat ahli akademik dan pelajar pascasiswazah dalam bidang penulisan dan penerbitan di samping mengetahui kemahiran penulisan jurnal yang efektif untuk layak diterbitkan di jurnal berindek seperti ISI, SCOPUS dsb.

Profesor. Ts. Dr. Hjh. Norazah berkongsi tips penulisan jurnal, teknik memilih jurnal berkaitan topik penyelidikan, elemen peer review, dsb.

“Saya bersyukur kerana mendapat pendedahan mengenai teknik penulisan dan penerbitan yang efektif bagi menghasilkan artikel jurnal yang lebih berkualiti selepas ini dalam memenuhi kriteria editor jurnal dan berharap bengkel ini dapat diadakan lagi di masa hadapan” kata Dr.  Maya Puspa Rahman.

 Tamat.