LABUAN – Program Pensyarah Pengurusan Perniagaan Kolej Vokasional Labuan (KVL) telah mengadakan lawatan ke Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL). pada 20 Februari yang lalu.

Rombongan program tersebut diketuai Ketua Program Pengurusan Perniagaan KVL, Alrenette Grance James bersama empat pensyarahnya iaitu Farah Sha’adah Hamzah, Noor Adelia Ahmad Othman, Hafizah Drahman dan Nurulhuda Mohd Kamil.

Alrenette berkata lawatan tersebut bertujuan untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai kebolehpasaran pelajar Pengurusan Perniagaan dalam bidang industri.

Di samping itu, katanya, untuk melihat kepada kesesuaian dan kesepadanan pembelajaran program dengan kehendak industri sebenar.

Sementara itu, UMSKAL diwakili Penolong Pendaftar yang juga Ketua Sektor Pentadbiran dan Sumber Manusia UMSKAL, Mas Adi Alimin bersama Penolong Pendaftar Kanan, Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL), Noraini Samsu.

Hasil daripada lawatan Program Pengurusan Perniagaan KVL, Mas Adi bersetuju untuk dilantik sebagai Technical Advisory Committee (TAC) industri bagi Program Pengurusan Perniagaan Kolej Vokasional Labuan.

Manakala Pensyarah Kanan UMSKAL, Dr. Mohamad Rizal Abdul Hamid dan pensyarah Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan, Hajah Nazarina Jamil bersetuju menjadi Panel Penasihat Akademik bagi Program Diploma Pengurusan Perniagaan di KVL.

Tidak ketinggalan juga, pihak UMSKAL akan mempertimbangkan untuk menerima pelajar diploma Pengurusan Perniagaan menjalani latihan industri mengikut kesesuaian kemahiran dan bidang masing-masing.

Lawatan ini berlangsung selama tiga jam dari jam 2.00 hingga 5.00 petang itu diadakan di Bilik Eureka (Εύρηκα), Bangunan Menara UMS Labuan.

Tamat.