LABUAN – Universiti Malaysia Sabah (UMS) turut menjayakan Program Jom Masuk IPT Zon 3 (Utara) yang diadakan di Padang Kawad, Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang pada 9 dan 10 Mac 2019 (Sabtu & Ahad).

Lima orang staf UMS yang terbabit dalam program tersebut terdiri daripada tiga staf UMS Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) iaitu Che Din Md. Salleh selaku ketua delegasi, Erman Muhd Kadrih dan Subeda Sodeng serta dua staf Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP), Ivy Garon dan Asmerah Umrah.

Sepanjang pameran selama dua hari itu, petugas UMS mengedarkan Buku Syarat Kemasukan Pengajian Prasiswazah sebanyak 1,000 naskhah, Risalah Aliran Sastera (400 naskhah), Risalah Aliran Sains (200 naskhah) dan Risalah FPEP (Prasiswazah 100 naskhah dan Pasca Siswazah 50 naskhah).

Sebanyak 21 Universiti Awam, 44 IPTS dan 11 agensi lain menyertai program tersebut yang diadakan dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.

Kira-kira 74,458 pengunjung menjayakan program tersebut iaitu 39,080 orang pada hari pertama manakala hari kedua mencatat 35,378 orang pengunjung.

Ruang pameran UMS turut dikunjungi oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) USM, Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah.

Sementara itu, Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr D Kamarudin D Mudin berharap menerusi Program Jom Masuk IPT itu lebih ramai pelajar dari Pulau Pinang, Kedah dan Perlis akan melanjutkan pengajian tinggi mereka di UMS tahun ini.

Tamat.