LABUAN - Pasukan BC Plus muncul juara Pertandingan ‘FKAL Labuan Closed Badminton Tournament 2019’ anjuran Persatuan Mahasiswa Fakulti Kewangan Antarabangsa, Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL).

Penaja bersama, Dato’ Sri Goh Sin Han menyampaikan hadiah kepada pemenang di Dewan DS Goh, Sungai Keling.

Pasukan itu yang dibarisi Shahbudin Burhanuddin, Muhd Amin Burhanuddin, Azli Ismail, Mohd Aldjufnie Basirin, Alwi Berahim dan Sunurdin Saleng, berjaya mengalahkan Kitaru ‘A’ dalam pusingan akhir, melalui 2 kemenangan beregu terbuka mereka.

Sementara itu Pasukan UMS-KAL BC akur di tempat ketiga, dalam kejohanan yang berlangsung selama dua hari itu.

Pasukan UMSKAL BC dibarisi Muhd Fakhrul Iman, Muhd Raziq Abdul Latip, Teo Chee Ping, Yee Kok Hong, Hazaimi Othman dan Kieran Lim Hong Xun.

Dengan kemenangan itu, BC Plus membawa pulang hadiah wang tunai RM400, Kitaru ‘A’selaku naib johan menerima RM300 manakala UMSKAL BC yang menduduki tempat ketiga meraih RM250.

Penaja bersama, Dato’ Sri Goh Sin Han menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Kejohanan itu dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Kewangan Antarabangsa, Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMS-KAL), di Dewan DS Goh, Sungai Keling.

Turut hadir, Timbalan Dekan HEP & Alumni FKAL UMSKAL, Dr. Suzillah Sidek, Exco Sukan dan Rekreasi Majlis Perwakilan Pelajar UMSKAL, Kieran Lim Hong Xun.

Tamat.