LABUAN – Warga Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) turut tidak ketinggalan menjayakan dan menyokong program Jom Baca Bersama Untuk 10 minit yang diadakan secara serentak pada 23 April 2019. 

Program tersebut yang diadakan dari pukul 11-11.10 pagi dan 2.30-2.40 petang diketuai Pengarah UMSKAL, Prof Dr Murnizam Haji Halik di pejabat beliau di Aras 13, Bangunan Menara UMSKAL. 

Turut membaca bersama beliau ialah Timbalan Pengarah UMSKAL, Prof Madya Dr Geoffrey Harvey Tanakinjal, Ketua Sektor Hal Ehwal Pelajar, Nur Iman Reedzal, Penolong Bendahari Kanan, Mohd. Nazir Ab. Manan dan Setiausaha Pejabat Kanan, Khatijah Ayub.

Prof Dr Murnizam berharap program membaca ini sentiasa diamalkan oleh warga UMSKAL termasuk mahasiswa dan kakitangan pada setiap masa. 

Beliau berkata amalan membaca bukan sahaja menambah ilmu pengetahuan tetapi juga meningkatkan kemahiran berfikir selain mengisi masa lapang. 

“Amalan membaca ini baik untuk kita semua. Ianya perlu diamalkan pada setiap masa dengan membaca bahan bacaan yang berfaedah,”katanya. 

Program membaca itu dikendalikan kakitangan Perpustakaan yang diketuai Pustakawan UMSKAL, Dg Ruhidah Raplee.

Tamat.