LABUAN - Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL), Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) telah mengadakan Program Tanggungjawab Korporat Sosial 2019 yang terakhir bagi sesi 1 2019 di Surau Al-Munawwarah Kampung Patau–Patau 1 mengakhiri Siri Jelajah Masjid, Program Tanggungjawab Korporat Sosial Di Ambang Ramadan 1440H pada 4 Mei 2019. 

Jelajah pertama dilaksanakan pada 13 April 2019 di Surau Syakirin Taman Mutiara Sungai Bedaun dan diteruskan dengan Masjid Jamek Kampung Layang-Layangan pada 27 April 2019.

Program Tanggungjawab Korporat Sosial ini dianjurkan oleh Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL) dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan sesi 2018/2019 (PMFKAL), Persatuan Mahasiswa Kewangan Islam 2018/2019, Persatuan Mahasiswa Perbankan Antarabangsa dan Luar Pesisir sesi 2018/2019, Persatuan Mahasiswa Kewangan Antarabangsa sesi 2018/2019. Persatuan Mahasiswa Pemasaran Antarabangsa sesi 2018/2019, Persatuan Mahasiswa Ekonomi Kewangan Antarabangsa sesi 2018/2019, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung dan Ahli Jawatankuasa Masjid dan Surau yang terlibat. 

Penglibatan daripada komuniti di setiap kampung, beberapa wakil pensyarah Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), wakil Persatuan Mahasiswa Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (PMFKAL), Persatuan Mahasiswa daripada setiap kursus program yang amat memberangsangkan telah menjayakan lagi Program Tanggungjawab Korporat Sosial siri 1 2019 ini.

Seramai 200 pelajar Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan yang terdiri daripada kelima–lima kursus program FKAL yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama, Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL) terlibat dalam Program Tanggungjawab Korporat Sosial siri 1 2019. 

Program Jelajah Masjid ini merupakan platform bagi warga FKAL untuk mendekati dan menyumbang kepada masyarakat setempat di Wilayah Persekutuan Labuan.

Menerusi program tanggungjawab sosial korporat ini juga, Mahasiswa Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan dapat didedahkan dengan tanggungjawab dalam melakukan amal kebajikan dan kebaikan kepada masyarakat kampung yang terlibat.

Pada masa sama, mahasiswa juga dapat mempelopori gerakan hijau dan mesra alam yang dilaksanakan di dalam program ini dengan bergotong-royong di kawasan kampung tersebut.

Peserta yang menyertai program ini juga turut mendapat peluang untuk beramah mesra dengan penduduk kampung yang mana salah satu komuniti yang terdapat di Wilayah Persekutuan Labuan ini.

Seawal 7.30 pagi, Persatuan Mahasiswa Kewangan Islam telah tiba di Kampung Patau-Patau 1.

Mahasiswa berkumpul di Balai Raya Kampung Patau-Patau 1 sambil menikmati sarapan pagi sementara menunggu kedatangan komuniti Kampung Patau-Patau 1 pada pukul 8 pagi.

Program ini telah dimulakan dengan tiga aktiviti serentak iaitu aktiviti bergotong-royong, merewang dan “mini games” bagi kanak-kanak di Kampung Patau-Patau 1.

Program ini dijayakan lagi dengan kehadiran Dekan Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan, Profesor Madya Dr. Zaiton Osman dan Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan, Dr. Suzillah Sidek.

Hadir sama, Pensyarah FKAL, Dr Haneffa Muchlis Gazali dan Puan Nurul Izzati Abd Razak serta Pemantau daripada Persatuan Mahasiswa Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan, Junisa Jumadi. 

Pada pukul 11.30 pagi, telah bermula majlis penutupan dan penyampaian hadiah di Balai Raya Kampung Patau-Patau 1 dan diakhiri dengan acara makan-makan sekampung.      

Sekalung penghargaan diberikan kepada semua pihak yang terlibat. 

Kolaborasi antara Fakulti Kewangan Antarabangsa (FKAL) dan Persatuan Mahasiswa Kewangan Antarabangsa Labuan (PMFKAL) serta Persatuan Mahasiswa bagi kelima–lima kursus program telah menunjukkan kejayaan dalam program bersama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan Ahli Jawatankuasa Masjid dan Surau yang terlibat. 

Professor Madya Dr. Zaiton Osman, Dekan Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL) turut berharap agar aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai medium memupuk semangat perpaduan sekaligus pemangkin kepada integrasi nasional.    

“Kami ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan Program Tanggungjawab Korporat Sosial Di Ambang Ramadan FKAL 1440 Hijrah,”kata Dr Zaiton.

Tamat.