LABUAN – Seramai 27 Ahli Senat menghadiri Mesyuarat Senat Bil. 6/2019 (kali ke-170) di Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) pada 27 Jun 2019.

Mesyuarat yang diadakan di Bilik Seminar Kiamsam, Bangunan Menara UMSKAL bermula pukul 9 pagi itu dipengerusikan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Datuk Dr D Kamarudin D Mudin.

Turut hadir Timbalan-timbalan Naib Canselor, Prof Dr Rasid Mail (Akademik dan Antarabangsa), Prof Madya Dr Ramzah Dambul (Penyelidikan dan Inovasi) dan Prof Dr Ismail Ali (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Ketua Pustakawan UMS, Zawawi Tiyunin serta Pengarah UMSKAL, Prof Dr Murnizam Haji Halik.

Dr Kamarudin berkata UMS telah berjaya mewujudkan Institut GONGZI atau Confucius Institure (CI) bermula Januari 2019 dan menjadikan UMS sebagai institusi pengajian tinggi yang ketiga dan universiti awam yang kedua di Malaysia yang mempunyai CI dan menjadi antara sekitar 510 institusi yang mempunyai CI di 127 buah negara.

Beliau merupakan Naib Canselor kelima sejak UMS ditubuhkan pada 1994.

Tamat.