LABUAN – Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menjalinkan kerjasama dengan Islamic Banking and Finance Institute Malaysia (IBFIM) menerusi Perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) yang diadakan di Bilik     Eupnka!, Bangunan Menara, UMS Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), pada 27 Jun 2019.

UMS diwakili Naib Canselornya, Prof Datuk Dr D Kamarudin D Mudin manakala Ketua Pegawai Eksekutif IBFIM, Yusry Yusoff mewakili IBFIM.

MoU itu disaksikan Pengarah UMSKAL, Prof Dr Murnizam Haji Halik bersama Head Instructional Design & Partnership IBFIM, Shahrizan Md Noh dan Dekan Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL), Prof Madya Dr Zaiton Osman.

Turut hadir Timbalan-timbalan Naib Canselor, Prof Dr Rasid Mail (Akademik dan Antarabangsa), Prof Madya Dr Ramzah Dambul (Penyelidikan dan Inovasi) dan Prof Dr Ismail Ali (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni).

Hadir sama Pegawai Utama dan Kanan UMS serta Ahli-ahli Senat UMS.

Menurut Prof Dr Kamarudin, MoU itu bertujuan untuk bekerjasama dengan IBFIM bagi perkara-perkara berikut iaitu kursus yang ditawarkan oleh IBFIM akan terbenam dengan kursus Program Kewangan Islam yang sedia ada yang ditawarkan oleh FKAL.

Tamat.