LABUAN - Persatuan Sains dan Matematik Sekolah Kebangsaan Lubok Temiang (SKLT) Wilayah Persekutuan Labuan telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) pada 26 Jun 2019.

Lawatan ini yang disertai oleh 36 orang murid dan 3 orang guru diketuai

Pengerusi persatuan ini ialah Nurshyuhada Balqis Amir dan Timbalan Pengerusi, Haizul Ehsan Dzulham.

Tujuan lawatan sambil belajar ke UMSKAL ini adalah untuk pendedahan murid suasana persekitaran dan pembelajaran di menara gading, mengetahui fakulti yang ditawarkan berkaitan Sains dan Matematik dan meninjau persekitaran UMSKAL serta untuk menambah pengetahuan dan pengalaman murid.

Ketibaan ahli persatuan ini di UMSKAL disambut oleh Mohizam Mohamad dan Rafidah Arshad dari Sektor Pentadbiran dan Sumber Manusia (SPSM).

Kemudian ahli rombongan dibawa ke Dewan Kuliah Podium A Bangunan Podium UMSKAL, untuk taklimat ringkat mengenai UMS yang disampaikan oleh Mohizam Mohamad.

Antara maklumat yang diberikan ialah UMSKAL adalah kampus cawangan yang pertama UMS Sabah yang bermula tahun 1999.

UMSKAL pada masa ini mempunyai 267 kakitangan termasuk 105 pensyarah akademik.

Pada masa ini UMSKAL mempunyai 1,994 orang pelajar dan sehingga kini seramai 9,940 graduan telah berrjaya menghabiskan kursusnya dengan jayanya.

Program yang ditawarkan di Kampus Antarabangsa Labuan hanya dua Fakulti iaitu Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL) dan Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI).

Antara kemudahan yang ada di UMSKAL ialah Dewan Kuliah Pusat, perpustakaan, klinik, Taska, Dewan Utama untuk majlis, makmal komputer,  Studio tari dan muzik, gelanggang bola tampar, bola sepak pantai, kayak, gelanggang sepak takraw dan canoe.

Selain itu bahasa asing juga diajar di sini seperti Bahasa Jepun dan Bahasa Perancis.

Selepas itu, murid-murid dibawa melawat ke Makmal komputer antaranya makmal Komputer Grafik dan makmal Komputer Games di Tingkat 9 dan lokasi melihat anak bulan di tingkat 13.

Nurshyuhada Balqis selaku pengerusi Persatuan Sains dan Matematik mengucapkan terima kasih kepada UMSKAL kerana telah sudi menerima lawatan persatuan ini dan berdoa semoga mereka berjaya ke Universiti.

Sebagai tanda terima kasih dari SK Lubok Temiang, Nurshyuhada Balqis menyampaikan cenderahati kepada Penolong Pendaftar Kanan, Sektor Pentadbiran dan Sumber Manusia UMS Kampus Antarabangsa Labuan, Mas Adi Alimin.            

Raimah Sidek, mewakili Guru Besar SK Lubok Temiang, Haji Adam Abdul Rahim mengucapkan terima kasih kepada UMS kerana menerima kunjungan murid SK Lubok Temiang.

Beliau berharap semoga lawatan ini akan menyuntik semangat murid rajin belajar untuk melangkah dan berjaya ke menara gading serta menjadi contoh modal insan yang berguna pada masa hadapan.

Lawatan persatuan Sains dan Matematik ini diiringi oleh guru penasihat iaitu Cikgu Junainah Yahya, Cikgu Raimah Sidek dan Cikgu Dyg Rosnah Mataip.

Tamat.