LABUAN – Kakitangan Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) sentiasa menjaga kesihatan untuk membolehkan mereka menjalankan tugas yang diamanahkan dengan sebaik mungkin.

Justeru itu, mereka mengadakan pelbagai aktiviti sukan dan riadah pada setiap Rabu bermula pukul 4.30 hingga 6 petang.

Salah satu acara sukan yang diadakan ialah bola tampar pantai yang menggabungkan kakitangan di kampus tersebut.

Malah menerusi program itu, hubungan baik yang sedia terjalin dapat diperkukuhkan dalam kalangan kakitangan UMSKAL.

“Kami bukan sahaja mahu menjaga kesihatan tetapi mengeratkan hubungan persahabatan antara kakitangan UMSKAL, “jelas salah seorang kakitangan, Che Din Md Salleh ketika ditemui selepas perlawanan bola tampar pantai di Gelanggang Bola Tampar Pantai UMSKAL, pada 21 Ogos 2019.

Che Din yakin program riadah dan sukan itu juga mampu memberikan ruang dan peluang kepada kakitangan mencuba atau menunjukkan bakat dalam acara sukan yang mereka sertai.

Tamat.