LABUAN – Seramai 8 pegawai dan kakitangan pentadbiran Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan (FKSW) Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengadakan lawatan sambil belajar ke UMS, Kampus Antarabanagsa Labuan (UMSKAL) pada 23 Ogos 2019.

Rombongan FKSW itu diketuai Penolong Pendaftar Kanan, Suhaimie Sahabuddin.

Ketibaan rombongan fakulti itu disambut mesra Timbalan Pendaftar Kanan UMSKAL, Zamri Haji Mohamad Tuah, Penolong Pendaftar Kanan yang juga Ketua Sektor Pentadbiran dan Sumber Manausia (SPSM), Mas Adi Alimin dan Penolong Pendaftar PPIB, Haji Taufek Abd Latif.

Zamri yang mewakili Pengarah UMSKAL, Prof Dr Murnizam Haji Halik menyampaikan taklimat mengenai UMSKAL dan pentadbiran kampus tersebut di Bilik Seminar Kiamsam.

Zamri bersama Mas Adi membawa rombongan FKSW melawat Pejabat Pengarah di Aras 13 yang juga lokasi melihat anak bulan di samping menikmati pemandangan menarik Wilayah Persekutuan Labuan.

Selepas itu mereka mengunjungi pejabat SPSM, Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI), Pejabat Sektor Kewangan dan Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL),.

Suhaimie berkata antara lain tujuan lawatan itu ialah untuk mempelajari pelbagai bidang termasuk pentadbiran, EKSA dan pengurusan kewangan di UMS Labuan.

Tambahnya, banyak perkara yang boleh ditambahbaik untuk diterapkan di FKSW termasuk pengurusan pentadbiran dan kewangan.

“Kami mempelajari banyak perkara ketika mengunjungi UMSKAL yang menerima beberapa anugerah sempena Anugerah Kecemerlangan Universiti (AKU 2018), di peringkat UMS, baru-baru ini,”katanya.

Selain itu, beliau yakin menerusi kunjungan itu, hubungan baik antara kakitangan FKSW dan UMSKAL dapat dijalinkan.

Katanya, lawatan itu memberi ruang dan peluang staf FKSW mengunjungi UMSKAL dan Labuan secara amnya.

Sementara itu, Zamri Haji Mohamad Tuah mengucapkan terima kasih kepada staf FKSW yang sudi menjadikan UMSKAL sebagai penandaarasan pengurusan pentadbiran, kewangan dan EKSA.

“Kami juga dapat mempelajari sesuatu daripada lawatan staf FKSW itu,”katanya.

Tamat.