LABUAN – Seramai 15 orang pegawai dan kakitangan pentadbiran Fakulti Kejuruteraan (FKJ) Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengadakan lawatan sambil belajar ke UMS, Kampus Antarabanagsa Labuan (UMSKAL) pada 26 Ogos 2019 (Isnin).

Rombongan FKJ itu diketuai Timbalan Pendaftar, Azmi Jumat.

Ketibaan rombongan fakulti itu disambut mesra Timbalan Pendaftar Kanan UMSKAL, Zamri Haji Mohamad Tuah, Penolong Pendaftar Kanan yang juga Ketua Sektor Pentadbiran dan Sumber Manausia (SPSM), Mas Adi Alimin dan Penolong Pendaftar PPIB, Haji Taufek Abd Latif.

Zamri yang mewakili Pengarah UMSKAL, Prof Dr Murnizam Haji Halik menyampaikan taklimat mengenai UMSKAL dan pentadbiran kampus tersebut di Bilik Mesyuarat Aras 13, Bangunan Menara.

Beliau bersama Mas Adi membawa rombongan FKJ melawat Pejabat Pengarah di Aras 13 yang juga lokasi melihat anak bulan di samping menikmati pemandangan menarik Wilayah Persekutuan Labuan.

Selepas itu mereka mengunjungi pejabat SPSM dan Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI).

Azmi berkata antara lain tujuan lawatan itu ialah untuk mempelajari pengurusan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di UMS Labuan.

Tambahnya, banyak perkara yang boleh ditambahbaik untuk diterapkan di FKJ terutama pengurusan EKSA.

“Kami mempelajari beberapa perkara ketika mengunjungi UMSKAL khususnya pengurusan EKSA,”katanya.

Selain itu, beliau yakin menerusi kunjungan itu, hubungan baik antara kakitangan FKJ dan UMSKAL dapat dijalinkan.

Katanya, lawatan itu memberi ruang dan peluang staf FKJ mengunjungi UMSKAL dan Labuan secara amnya serta penghargaan kepada staf fakulti.

Sementara itu, Zamri Haji Mohamad Tuah mengucapkan terima kasih kepada staf FKJ yang sudi menjadikan UMSKAL sebagai penandaarasan pengurusan EKSA.

“Kami juga dapat bertukar-tukar idea mengenai EKSA daripada staf FKJ itu,”katanya.

Tamat.