LABUAN - 60 Pemeriksa Aset Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) telah menghadiri Taklimat Pemeriksaan Tahunan Aset Alih bagi Tahun 2019 yang diadakan di Investment Lab, Tingkat 7, Bangunan Menara UMSKAL pada 24 September 2019.

Taklimat disampaikan oleh Timbalan Bendahari Kanan UMS, Mohamad Edrus Othman, Penolong Bendahari, Nazrah Umdan dan Juruaudit Dalam Kanan, Aidiezal Ag Jual.

Penolong Bendahari Kanan, Sektor Kewangan UMSKAL, Mohd Nazir Ab Manan berkata taklimat itu diadakan untuk memastikan pemeriksaan tahunan aset alih dapat dilaksanakan mengikut peraturan dan pekeliling yang berkaitan mengikut masa yang ditetapkan.

Selain itu, katanya, untuk memastikan Laporan Pemeriksaan Tahunan Aset Alih Tahun 2019 dikemukakan mengikut tempoh yang ditetapkan.

Tambah beliau, objektif lain ialah membincangkan dan menambah baik Laporan Pemeriksaan Tahunan Aset Alih.

“Mendapatkan maklum balas daripada JFPIU berkaitan masalah yang dihadapi ketika pelaksanaan pemeriksaan tahunan aset alih,”kata Nazir lagi.   

Selepas mendengar taklimat, semua pemeriksa aset diraikan pada majlis makan tengah hari yang diadakan di Kesumba Café, Aras 11.

Mohd Nazir berkata majlis itu diadakan sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan usaha jawatankuasa pemeriksa aset menjalankan pemeriksaan aset sepanjang tahun 2018 di UMSKAL.

Turut hadir Timbalan Pendaftar Kanan UMSKAL, Zamri Haji Mohamad Tuah.

 

Tamat.