LABUAN – Pasukan UMSKAL menduduki tempat ketiga di Pertandingan Bola Jaring Agensi Kerajaan Wilayah Persekutuan Labuan sempena Hari Malaysia 2019.

Pasuakn UMS yang dibimbing jurulatih Norhanizah Adnan dan pengurus pasukan, Norzan Rantie menduduki tempat ketiga bersama LHDN.

Di separuh akhir, UMSKAL yang menduduki tempat kedua Kumpulan 1 tewas di tangan PDRM 13-15.

Pasukan itu dibarisi Tinyhanizam Kula, Ruby Zawati Timbang, Rohani Yusup, Farizah Ismail, Zulaikha Sapran, Mona Lydia Arsat, Noor Lailinna Abidin,  Norenna Jufri,  Siti Zubaidah Rantie dan Rahimah Lamat.

Dengan kejayaan itu, pasukan UMSKAL menerima hamper.

Johan pertandingan itu disandang pasukan Pendidikan Labuan selepas mengalahkan PDRM 11-9 di perlawanan akhir.

Pertandingan itu yang dianjurkan Kolej Matrikulasi Labuan (KML) disertai 8 pasukan yang terdiri daripada Agensi Kerajaan di Wilayah Persekutuan Labuan diadakan di Gelanggang Bola Jaring Kompleks Sukan Labuan pada 14 September 2019.

Tamat.