LABUAN – Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) muncul juara e-games kategori Mobile Legend dan PUBG Mobile di Pertandingan Celcom Xpax Kejohanan E-Sukan Kampus Semester 2 Zon Borneo yang diadakan di UNIMAS, Sarawak pada 22-23 September 2019.

Dengan kejayaan itu, UMSKAL akan mewakili Zon Borneo ke Grand Final di The Curve di Kuala Lumpur akhir November depan.

Pemain mobile legend dibarisi Mohamad Madani Ahmad, Muhamdad Hairi Endri, Clearance Ng Khai Siang, Mohamad Walid Shahmir Mohammad, Ooi Min En dan Nur Ikhwan Hadi Hasnul Hadi.

Manakala PUBG diwakili Khairul Akmal Roslan, Deignryn Patrick, Russel Rosmin, Muhamad Rusyaidi Ruzlam dan Muhammad Fakhrul Iman Mutussin.

Sementara itu, Ketua Sektor Sukan dan Rekreasi, Ahmad Fadly Abd Rahman mengucapkan tahniah atas kejayaan kedua-dua pasukan sekaligus mengharumkan nama UMSKAL.

“Saya berharap mereka akan meneruskan momentum kemenangan ketika beraksi di Kuala Lumpur bulan hadapan,”katanya.

Tamat.