LABUAN – Dua orang pegawai Jabatan Pendidikan Sabah telah menjalankan audit luaran Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di UMS Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) pada 2 dan 3 Oktober 2019.

Mereka ialah Penolong Pengarah Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD, Makmur Ibak yang juga Penyelaras EKSA JPN Sabah.

Beliau bersama rakannya, Aswina Saibin yang juga Penolong Penyelaras EKSA JPN Sabah.

Ketibaan mereka disambut Timbalan Pendaftar Kanan UMSKAL, Zamri Haji Mohamad Tuah dan Penolong Pendaftar Kanan, Sektor Pentadbiran dan Sumber Manusia, Mas Adi Alimin yang juga Ketua Penyelaras EKSA UMSKAL.

Zamri turut menyampaikan taklimat mengenai pentadbiran UMSKAL kepada kedua-dua pegawai tersebut yang diadakan di Bilik Seminar Kiamsam.

Sementara Mas Adi menyampaikan taklimat berkaitan EKSA sekaligus memperkenalkan ketua-ketua EKSA di setiap Sektor.

Kedua-dua auditor kemudian mengadakan pemeriksaan dan tinjauan di 17 pejabat sambil diiringi Jawatankuasa EKSA.

Tamat.