LABUAN – Seramai 46 kakitangan sokongan Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) telah menghadiri Kursus Coaching Minda 2019 (Lanjutan) Siri II yang diadakan di Bilik Sri Menanti, Bangunan Menara UMSKAL pada 7 dan 8 Oktober 2019.

Kursus dua hari itu dikendalikan Ketua Bahagian Sumber Manusia UMS, Masri Judah (gambar).

Beliau yang juga Timbalan Pendaftar Kanan berkata antara objektif kursus tersebut ialah untuk meningkatkan potensi kerja yang baik melalui pendekatan Neuro Lingustic Programming (NLP).

Kursus itu juga bertujuan untuk mengenali sistem reprentasi diri, membantu berinteraksi dan berkomunikasi dengan lebih baik.

“Kursus dua hari itu juga bertujuan untuk memaksimumkan kemampuan diri,”kata Masri ditemui selepas mengakhiri ceramahnya.

Tamat.