LABUAN - Pasangan beregu, Kieran dan Jia Zhe dari pasukan HE22 A muncul johan kategori Beregu Campuran Liga Badminton Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) 2019 yang diadakan di Dewan Utama pada 10-15 Oktober lalu.

Tempat kedua pasangan Noor Lallinna Abidin dan Mohd Syahir Shawal yang mewakili pasukan Staff C dan ketiga beregu Tan Chee Kai dan Ho Yun Kei (HE19 D).

Dalam acara beregu Wanita, juara menjadi milik Rozabelle Ag Diman dan Anis Najiehah dari pasukan HE19 A, naib johan Joh Suet Mun dan Lim Su Ji (HE22 D) dan pasangan Cleremcehessty dan Asney Aland (HE21 D) menduduki tempat ketiga.

Pasangan dari pasukan FKI B, Muhammad Fakrul dan Farhan muncul juara kategori Beregu Lelaki diikuti pasangan Mohd Athaqifie A Roslee dan Jasri Japar yang mewakili pasukan Staff A dan ketiga pasangan Kieran dan Gobbinath (MPP/Jakmas).

Seramai 80 pemain menyertai kejohanan anjuran Sektor Sukan dan Rekreasi UMSKAL yang terdiri daripada 5 pasukan daripada program FKAL, 2 dari FKI, 1 Gabungan MPP/Jakmas dan 1 pasukan Gabungan Staf /Pensyarah.

Penyelaras kejohanan, Jais Osman berkata kejohanan tersebut diadakan untuk mencungkil lebih ramai bakat baru terutama dalam kalangan mahasiswa UMSKAL untuk mewakili universiti pada masa hadapan.

“Sektor Sukan dan Rekreasi UMSKAL yang diterajui Ahmad Fadly Abd Rahman sentiasa mengalu-alukan kelab dan persatuan untuk menganjurkan kejohanan badminton bagi memastikan sukan tersebut terus diminati mahasiswa dan staf di samping mengeratkan hubungan antara kedua-dua pihak,”katanya.

Jais juga yakin menerusi pertandingan tersebut lebih ramai mahasiswa yang mewakili Kelab Badminton UMSKAL mengetahui selok belok sukan tersebut selepas mereka dilantik sebagai AJK Penganjur dan pengadil serta penjaga garisan.

Majlis penyampaian hadiah berupa hamper dan medal disempurnakan oleh Pensyarah FKAL, Dr Ricky Chia Chee Jiun.

Tamat.