LABUAN – Seramai 70 pemain yang terdiri daripada mahasiswa Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) telah menyertai Kejohanan Ping Pong UMSKAL 2019 yang diadakan di Dewan Theatrette pada 19 Oktober lalu.

Kejohanan anjuran Sektor Sukan dan Rekreasi itu disertai pemain yang mewakili enam program dan satu pasukan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (Jakmas).

Juara beregu lelaki dimenangi pasangan Mohd Izi Ezarul dan Fahrul Arifin dari pasukan HE22, naib johan pasangan dari pasukan HE23, Idham dan Iran.

Gandingan pasukan HE19, Suleash A/L Murugaya dan Nhimala A/L Kumar menduduki tempat ketiga manakala tempat keempat pasangan Yong Chee Cheat dan Yong Ang (FKI).

Bagi kategori Beregu Wanita, juara menjadi milik gandingan Lee Pei Chyi dan Lem Yu Wuan (HE19) dan pasangan Sofea dan Rafidah (HE23) di tempat kedua.

Izza Nabila dan Nurul Heryati dari pasukan HE22 menduduki tempat ketiga manakala gandingan Alina Lee dan Wilny Julor (HE22) di tempat keempat.

Pasangan dari pasukan HE19, Leong Yu Zong dan Lee Pei Chyi muncul juara kategori Beregu Campuran mengatasi gandingan Lim Su Ji dan Fahrul Arifin dari pasukan HE22.

Tempat ketiga pula dihuni gandingan Tan Chee Cang dan Choong Jin Xin (HE21) dan Idham dan Sofea (HE23) di tempat keempat.   

Pasangan dari pasukan HE23, Idham dan Iran serta gandingan dari pasukan HE22Mohd Izi Ezarul dan Fahrul Arifin pula dipilih penerima anugerah Best of The Best.

Manakala pasukan HE19 – International Finance muncul juara keseluruhan kejohanan tersebut.

Penyelaras kejohanan, Dr Suddin Ladda berkata menerusi pertandingan itu lebih ramai bakat baharu dapat dicungkil sekaligus memberi banyak pilihan kepada Kelab Ping Pong untuk memilih pemain bagi mewakili UMSKAL pada masa akan datang.

“Menerusi pertandingan itu juga hubungan persahabatan yang sedia terjalin antara pemain dapat diperkukuhkan,”katanya.

Beliau tidak lupa mengucapkan terima kasih atas sokongan kewangan daripada Sektor Sukan dan Rekreasi yang diketuai Ahmad Fadly Abd Rahman sekaligus melancarkan lagi kejohanan tahunan itu.

“Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada semua AJK Kelab Ping Pong UMSKAL yang membantu menjayakan pertandingan tersebut sekaligus memperolehi ilmu dan pengalaman cara penganjuran sesuatu pertandingan,”katanya.

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Dr Suddin.

Turut hadir Pengarah Program, Nur Nabilah Afiqah Azmi.

Tamat.