LABUAN - Persatuan Mahasiswa Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (PMFKAL) telah menganjurkan ceramah pelaburan di Dewan Kuliah 2, UMSKAL sempena 5th Annual Stock Trading Competition 2019 pada 20 Oktober 2019.

Penganjur program telah menjemput dua orang penceramah iaitu Faiz Wahab MPFC dan Shane Choo.

Mereka adalah remisier yang berpengalaman dalam pasaran saham.

Shane Choo merupakan seorang penganalisis pasaran saham untuk CITYPlus FM manakala Faiz Wahab merupakan seorang wakil penasihat kewangan islam di Bank Negara Malaysia dan juga wakil perancang kewangan di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Turut hadir ialah wakil daripada RHB Investment Bank dan Pengarah Program, Tay Chu Xin.

Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni) Fakulti Kewangan Antarabangsa, Dr. Suzilah Sidek berkata Ceramah Pelaburan itu bertujuan untuk meningkatkan pendedahan warga Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) berkaitan pasaran saham.

Beliau yang juga Penyelaras Program berkata melalui ceramah pelaburan ini, para peserta dapat memperoleh pengetahuan dan pengalaman dalam bidang tersebut.

“Selain itu, ceramah tersebut juga memanfaatkan para peserta dengan menawarkan kaedah dan strategi semasa membuat keputusan dalam pelaburan saham,”katanya.

Kira-kira 95 peserta yang terdiri daripada staff akademik, pensyarah dan pelajar-pelajar dari UMSKAL menghadiri ceramah tersebut yang bermula dari pukul 10 pagi.

Ceramah Pelaburan ini yang mendapat sambutan yang hangat daripada pelajar dan pensyarah berakhir dengan jayanya pada pukul 12 tengah hari.

Ceramah tersebut diakhiri dengan penyampaian cenderamata Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni) Fakulti Kewangan Antarabangsa, Dr. Suzilah Sidek yang juga Penyelaras Program kepada kedua-dua penceramah.

Tamat.